Anjur ceramah: Ketua cawangan bebas tanpa perlu bela diri
|
PEKAN, 23 Jun (Hrkh)- Mahkamah Majistret Pekan semalam membebaskan Ketua cawangan PAS Felda Chini 3 merangkap Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pekan, Tuan Haji Mohd Said bin Haji Kasan Marjo, daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa permit pada 15/5/2000 di Markaz PAS Felda Chini 3.
Majistret Mokhzani Mokhtar di dalam penghakimannya di akhir kes pendakwa menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan hujah peguambela dan memutuskan bahawa pihak pendakwa telah gagal membuktikan kes prima facie di atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Haji Mohd Said. Tuan Haji Mohd Said telah didakwa di bawah seksyen 27(5)(a) Akta polis 1967 di mana pendakwaan dilakukan oleh Ketua Inspektor Yahya manakala Haji Said diwakili oleh peguambela Mohamed Hanipa bin Maidin. Sebelum itu di dalam penghujahannya Encik Mohamad Hanipa telah berhujah antara lain bahawa tertuduh tidak perlu dipanggil membela diri kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan bahawa Markaz PAS Felda Chini adalah tempat awam yang memerlukan permit di bawah seksyen 27(2) Akta Polis. Beliau juga telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Johor Bahru sebelum ini telah memutuskan bahawa perhimpunan di premis persendirian tidak memerlukan sebarang permit kerana ianya dikawal oleh seksyen 27A Akta Polis. Hanipa juga telah meminta Mahkamah mengambil kira laporan Suhakam berhubung inkuiri yang dilakukan tentang perhimpunan di Lebuhraya Kesas di mana Suhakam memutuskan bahawa perhimpunan di premis persendirian juga tidak memerlukan permit. Hanipa menyatakan bahawa meskipun laporan Suhakam tidak mengikat Mahkamah tetapi ianya harus diambil kira oleh Mahkamah kerana tujuan Suhakam ditubuhkan adalah untuk melindungi hak asasi rakyat negara ini yang mana termasuk hak tersebut adalah hak untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dijamin oleh Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan. Sebelum itu semasa kes ini di peringkat perbicaraan, Mahkamah agak riuh dengan gelak ketawa apabila pegawai penyiasat kelihatan tergaman dan kadangkala terdiam kebingungan semasa disoal balas bertalu-talu oleh peguambela. Antara lain Hanipa telah menyoal saksi tersebut adakah beliau mengetahui peruntukan seksyen 27 dan seksyen 27A Akta polis. Saksi tersebut menyatakan beliau tidak mengetahui. Hanipa seterusnya menyoal bagaimanakah beliau sebagai pegawai menyiasat boleh menyiasat sesuatu yang beliau tidak tahu. Saksi tersebut hanya berdiam diri dan tidak dapat menjawab. Hanipa juga bertanya kepada saksi tersebut apakah yang beliau faham tentang tempat awam. Beliau menjawab yang beliau faham tempat awam adalah apabila tiga orang atau lebih berkumpul. Hanipa seterusnya bertanya "Bagaimana kalau tiga orang berkumpul di dalam rumah sendiri? Adakah awak mengatakan ianya juga tempat awam? Sekali lagi saksi tersebut tidak dapat menjawab. Sementara itu Haji Mohd Said melahirkan kesyukuran di atas kemenangan kes ini dan berharap pihak polis khususnya di negeri Pahang menghormati keputusan ini dengan tidak lagi mengganggu mana-mana ceramah parti pembangkang khususnya PAS yang diadakan di markasnya, pada masa-masa hadapan. - zs
Umno Terengganu Balas Dendam, 20 Pemuda Sertai PAS. BERA: Umno/BN mengamalkan sikap Balas Dendam terhadap PAS di Terengganu setelah berkuasa semula selepas Pilihan Raya Umum, 21 Mac lalu, kata Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Pahang, Abdul Malik Yusuf. Katanya, tindakan balas dendam itu jelas dapat dilihat di mana-mana apabila Umno mempamerkan kain rentang di masjid-masjid yang menggambarkan provokasi terhadap ahli PAS. Kain rentang itu seolah-olah menghalau ahli PAS dari menunaikan solat di masjid yang kononnya di kuasai Umno/BN, katanya. Abdul Malik yang melawat Terengganu baru-baru ini menyaksikan juga bagaimana kedai judi tumbuh macam cendawan selepas hujan sebaik sahaja Umno/BN menguasai semula negeri Darul Iman itu. Premis judi yang dahulunya ditutup kerajaan PAS muncul semula selepas negeri itu dikuasai BN menunjukkan BN/Umno adalah penggalak judi dan slogan Umno kononnya memperjuangkan Islam Hadhari tidak membawa apa-apa makna ia hanya penipuan untuk mendapatkan undi, katanya ketika merasmi Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bera kali -1 di Darul Ikhwan, Mengkarak, Ahad lepas. Tambah beliau, Umno sanggup berbuat apa sahaja untuk terus berkuasa termasuk menggadaikan prinsip Islam. Selain judi dan balasan dendam, konsert hiburan juga menjadi agenda penting kerajaan BN/Umno di Terengganu dan seluruh negera sebaik sahaja menguasai pemerintahan negara untuk lima tahun lagi. Ini (konsert hiburan) dapat dilihat bukan sahaja di Terengganu tetapi di seluruh negera, ujarnya. Sebelum itu dalam ucapannya Abdul Malik mendedahkan, ada perancangan jahat Umno untuk menawan Kelantan menggunakan saluran perundangan iaitu memenangkan petisyen pilihan raya BN/Umno di negeri tersebut manakala petisyen PAS di negeri selain Kelantan diberi kemenangan. Katanya, dengan cara demikian PAS akan menang kes di negeri lain tetapi kehilangan negeri Kelantan. Jika ini berlaku ialah suatu perkara yang jahat dan khianat tetapi Umno/BN boleh berbuat apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya. Yang Dipertua PAS Bera, Mejar (B) Aziz Yaakub dalam ucapannya sebelum itu meminta semua pihak meningkatkan usaha menyediakan pelapis kepimpinan di semua peringkat. Katanya, golongan muda pelapis dalam parti amat penting demi survival perjuangan kerana mereka ini akan meneruskan perjuangan mengantikan golongan vateran yang ada sekarang. Jadikan tahun pertama selepas pilihan raya ini dengan pengisian untuk meningkatkan ilmu, tarbiyyah dan sebagainya, ujar beliau. PAS, katanya, adalah parti dakwah dan siasah, persiapan ahli dengan ilmu dakwah dan politik akan membawa manfaat kepada perjuangan. Sementara itu, serangan berterusan parti lawan terhadap PAS tidak menjejaskan hasrat sekumpulan kira-kira 20 orang pemuda Felda Triang 3 untuk menyetai PAS. Hasrat mereka menyertai PAS menjadi kenyataan apabila borang permohonan mereka diserahkan kepada PAS Kawasan Bera, kelmarin melalui Ketua PAS Cawangan Triang 3. Ketua PAS Cawangan Triang 3, Haji Abdul Samat Mohamad, ketika menyerahkan borang permohonan 20 pemuda tersebut berkata, pemuda-pemuda berkenaan adalah sebahagian daripada tenaga kerja pilihan raya umum 21 Mac lalu. Mereka membantu PAS dalam pilihan raya walaupun belum menjadi ahli parti, dan kini mereka telah membuat permohonan rasmi menjadi ahli selepas PAS kalah dalam pilihan raya, katanya. Haji Samat menyerahkan borang tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang, Abdul Malik Yusuf selepas majlis perasmian Mesyuarat Agong PAS Kawasan Bera kali pertama. Dalam pada itu, Abdul Malik berkata, kesanggupan pemuda Triang 3, menyertai PAS lebih-lebih selepas pilihan raya menandakan PAS masih mendapat mendapat perhatian dan keyakinan orang ramai.
Rebut Ketua Penaja: Umno Temerloh Ribut
TEMERLOH: Pemilihan jawatan ketua penaja Umno bahagian ini Julai nanti, dijangka menimbulkan perebutan sengit apabila Mohd Sharkar Shamsuddin (timbalan ketua penaja) dikatakan akan menentang ketua penaja sekarang, Dato Mohd Sarit Jusoh.
Ini dapat disaksikan sekarang apabila pekerja kedua-dua kem tersebut sedang rancak melobi ahli-ahli Umno cawangan yang akan bermesyuarat minggu depan bagi menentukan perwakilan ke mesyuarat bahagian, menurut salah seorang kepada pekerja kem berkenaan.
Lobi-melobi di antara kedua-dua kem tersebut turut kelihatan di warung-warung makan serta restoran di sekitar bandar ini.
Sharkar adalah ADUN Lanchang yang juga Exco Penerangan negeri yang baru dilantik selepas memenangi pilihan raya umum baru lalu untuk penggal kedua. Sementara Sarit pula ialah Ahli Parlimen Temerloh yang mengalahkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Idris Omar, dalam pilihan raya lalu.
Apa yang menarik, kedua-duanya pernah dilabelkan sebagai orang Anwar pada satu ketika dulu. Sarit adalah bekas Setiausaha Politik Anwar sebelum bertanding pilihan raya. Manakala Sharkar adalah orang Abim Pusat ketika belajar di Yayasan Anda sehingga melanjutkan pelajaran ke Amerika.
Dalam pada itu, ADUN Semantan, Hamdan Mohamed, dikatakan turut berminat untuk merebut jawatan ketua bahagian. Bagaimanapun, kalangan pemerhati berpendapat beliau hanya kacau daun dan dianggap hampir mustahil untuk memenangi jawatan berkenaan.
Sementara itu, jawatan ketua pemuda turut memperlihatkan saingan hebat.
Pemuda PAS Bantah Perlantikan Khalil Sebagai Yang Di Pertua Negeri Melaka
MELAKA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, membantah perlantikan Tan Sri Mohamad Khalil Yaakub sebagai Yang DiPertua Negeri Melaka berkuat kuasa 5 Jun ini.
Dalam Kenyataannya, Pemuda Bukit Katil menyifatkan Mohamad Khalil Yaakub mempunyai skandal balak di Pahang yang belum diselesaikan siasatanya. Laporan polis dibuat oleh Bekas Adun Beserah Dato Fauzi Abdul Rahman beberapa tahun lalu.
Keduanya, Khalil bukanlah anak jati Melaka, jawatan tertinggi itu sepatutnya diberi kepada anak jati. Melaka malah Melaka mempunyai ramai tokoh untuk dilantik ke jawatan tersebut.
Berikut adalah kenyataan penuh Dewan Pemuda PAS Kuala Ketil.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Melaka dengan ini membantah perlantikan Tan Sri Khalil Yaakob sebagai TYT, Yang Dipertua Negeri Melaka pada Jumaat ini, 5 June 2004.
Terdapat dua sebab utama iaitu :
1)Terdapat laporan Polis yang dibuat oleh Dato\' Fauzi Abdul Rahman dan Hj Mahfuz Omar terhadap beliau berhubung pembabitan beliau dalam skandal penyelewengan balak di Pahang semasa beliau menjadi MB Pahang. Kes ini belum diselesaikan. Ini menjejaskan kredibiliti seorang TYT.
2)Tan Sri Khalil Yaakob bukanlah anak Melaka. Sedangkan masih ramai lagi, calon-calon TYT yang boleh dilantik yang terdiri dari anak Melaka dan yang bersih dari sebarang kes. Contohnya Tan Sri Adib Adam, Dato' Abu Zahar Ithnin dan sebagainya.
Kami berpendapat perlantikan ini hendaklah dikaji semula kerana setakat ini BPR belum membuat kenyataan rasmi samada Tan Sri Khalil bersalah atau tidak. Pada anggapan DPP Kawasan, selagi kes ini belum selesai maka Tan Sri Khalil tidak layak untuk dilantik sebagai TYT.
Yang Benar
Sofi Wahab Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
"Perkasakan PAS Dengan Perbanyak Cawangan Dan Ahli" - Ustaz Hassan 
|
RAUB: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri mahu organisasi PAS di semua peringkat diperkasakan dengan tumpuan kepada program memperbanyakkan cawangan dan ahli.
Katanya, ini kerana kawasan yang mempunyai cawangan lebih banyak terbukti mempunyai kelebihan dan kekuatan kerana mempunyai jumlah ahli yang ramai.
Kawasan yang mempunyai banyak cawangan terbukti lebih berkemampuan menghadapi lawan kerana mempunyai tenaga kerja yang ramai berbanding kawasan yang kurang cawangan.
Ini terbukti dalam pilihan raya lalu apabila kawasan yang dimenangi PAS adalah kawasan yang mempunyai jumlah cawangan yang banyak, katanya ketika berucap merasmi Mesyuarat Agung PAS Kawasan Raub kali ke-41 di Darul Falah Ahad lalu.
Ustaz Hassan berkata, kawasan Parlimen Pendang, Pasir putih, Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang, Kubang Kerian adalah kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah cawangan yang banyak.
cawangan yang banyak menjadi aset penting kerana mempunyai ahli yang ramai sekaligus memudahkan tugas apabila menghadapi pilihan raya yang memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Justeru saya sarankan supaya semua kawasan memberi tumpuan kepada kepada perkara tersebut kerana kita sebenarnya tidak mempunyai masalah tenaga kerja sekiranya organisasi di semua peringkat bawah dapat disusun dengan baik, jelas beliau.
Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluan Yang Dipertua PAS kawasan Raub, Ustaz Abdullah Suhaimi Haji Saat berkata, PAS kawasan akan menyusun program tarbiyah dengan lebih menyeluruh kepada semua ahli untuk sesi 2004/2005 akan datang.
Katanya tumpuan kepada tarbiyah perlu dipertingkatkan untuk menyediakan ahli yang mempunyai kekuatan jiwa dan semangat kental untuk menghadapi cabaran semasa.
Menurut beliau, kekalahan dalam pilihan raya 21 Mac lalu sepatutnya tidak melemahkan semangat ahli kerana pilihan raya bukanlah ukuran terhadap kebenaran.
Kemenangan pilihan raya bukanlah ukuran kebenaran, kerana kemenangan itu diperolehi oleh parti yang mendapat sokongan dan undi teramai.
Adalah jelas, kata beliau pilihan raya bukan tempat menentukan kebenaran kerana kebenaran sebenar adalah siapa yang beriman dengan al- Quran dan hadis.
Pada majlis itu, mesyuarat telah menolak usul suatu usul supaya PAS mengenal pasti calon dan mula turun padang mulai sekarang.
Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Abdullah Suhaimi berpendapat sukar bagi PAS untuk mengenal pasti calon lebih awal kerana pelbagai masalah yang dihadapi calon apabila diumum awal kerana calon tersebut akan terdedah kepada tindakan lawan.
www.cnn.com
Here's a link to the site of the company I work for:
www.trellix.com
Here's a link to a friend's site:
www.myfriend.com
|